Cara Buat Jem Nenas Yang Paling Tepat Dan Tahan Lama.
Hari ini nak kongsikan kepada anda cara buat jem untuk tart inti nenas, bukan cara buat tart yaa.. sebab cara buat tart semua orang dah tahu. Cara buat inti atau jem nenas tu yang ramai kurang ambil tahu. Sebab, boleh beli kat shopping compleks kan? Tetapi tahukah anda, bila anda buat jem nenas sendiri, kita sendiri boleh kawal rasa manis, jumlah air, kekerasan atau lembut jem nenas anda itu. Nak kasi kurang manis ke, hah kan dah bagus tuh.
Cara-cara buat jem nenas di bawah yang saya perhatikan daripada pengalaman MIL saya yang juga pakar dalam buat bahulu gulung jem nenas.
Cara Buat Jem Tat Nenas Yang Paling Sedap Dan Tahan Lama.
Cara 1
Nak buat jem nenas yang tahan lama dan tidak berkulat, nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Tapi ingat, jangan buang semua jus untuk kesan yang lebih tahan lama.
Bahan:
10 kuntum cengkih
2 batang kulit kayu manis (untuk bau)
700g – 1kg gula pasir (anggaran, bergantung pada jenis nenas, jika nenas masak dan manis kurangkan kuantiti gula)
200g gula batu
2 sudu kecil esen nenas
Cara menyediakannya:
#Anggaran masak jem nenas 1 jam hingga 2 jam. Sehingga betul-betul likat.
#Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set) sebelum dibotolkan.
#Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran mikroorganisma terhadap jem.