Resepi biskut Tart Nenas Gulung yang gempak

Biskut tart nenas setiap tahun memang salah satu kuih raya yang popular dan disegani. Eceh.   Salah satu cookies yang banyak mendapat permintaan pelanggan ialah Tart Nenas Gulung. kalau korang nak tahu, semua tart sama ada tart bunga, tart mawar, tart gulung,segala mak nenek tart nenas pun adunan resepinya sama atau lebih kurang kot, cuma bezanya bentuk dan tekstur.
Jadi, kalau ada kalangan pembaca blog ini dan blog yang lain-lain, sememangnya yang memang selalu mendapat permintaan tinggi dalam cookies raya, sudah sampai masanya anda fikirkan untuk kembangkan lagi bisnes korang tu.Anda mempunyai sebab yang kuat untuk majukan lagi bisnes sebab dah ada regular customer dan ada peminat sendiri.
Kita boleh jimat lagi sebenarnya, kita tak payah marketing pun cookies raya kita, depa dah tahu keenakan dan kelazatan cookies raya air tangan kita. kann?

Harga mahal, tetapi berbaloi-baloi.

Memang harganya sedikit mahal, tapi jika dibandingkan dengan rasa yang pelanggannya akan dapat, semuanya pasti berbaloi bagi peminat tart nenas.
Mula bertindak sekarang, takut nanti bila anda mula mahu memikirkannya, anda rasa sedikit terkilan kerana ambik masa yang lama untuk kembangkan perniagaan.Saya sokong seratus peratus kalau ada yang mahu buat bisnes dari rumah sahaja.

Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan. 

Sumber Resepi : Facebook Azlina Ina

Bahan-Bahan Utama ( Dapat 60 pcs )

  • 3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatan die kurang dr separuh cawan)
  • 2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
  • 2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
  • 2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
  • 1 cawan butter
  • 3 sb susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
 
Cara Menyediakan Doh Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
  1. Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
  2. Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
  3. Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek.
  4. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
  5. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
  6. Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
  7. Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  8. Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
  9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
  10. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
  11. Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.
tart nenas yang sudah digulung,
Rupa tart nenas selepas digulung.
tekstur tart nenas selepas dibakar, nampak gebus dan melting.
Corak acuan tart nenas yang digunakan.
Saya memang salah seorang peminat tegar Tart nenas dan dah mencuba banyak jenis tart.Bagi saya tart nenas yang sedap salah satu cirinya ialah tekstur tart yang gebus dan melting.Kalau korang makan atau buat tart tapi hasilnya tak gebus dan melting, inshaAllah boleh cuba lagi. Tetapi setiap orang kesukaan berbeza kan.
Tart nenas ini boleh dijual dalam lingkungan harga RM26-RM28 bagi 50 pcs.
Lagi satu, jem atau inti nenas tu pun tak sedap kalau masam atau manis sangat.Jangan pulak inti jem keras.Pun tak sedap.Inti jem nenas kalau kita masak dia sampai caramelise gula dia tu, gerenti sodap dan tak keras jem korang.InshaAllah.
Orait, semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk membuat sendiri tart nenas atau untuk buat jualan. Doakan juga kemudahan untuk saya sekeluarga dalam urusan dunia dan akhirat kami:) aamiin.

Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kelazimannya, tepung adunan yang dipakai ialah tawar disebabkan intinya manis.

Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Segelintir masyarakat meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) kerana penggunaan doh atau tepung pada kulitnya.

Kuih tat nanas ialah sejenis kuih yang terkenal di Brunei, Malaysia dan Singapura. Lazimnya, kuih tat nanas dihasilkan hanya semasa musim perayaan seperti hari raya dan kurang mendapat sambutan pada waktu biasa.

Kuih tat nanas dibuat dengan menggunakan adunan tepung dan marjerin yang diadun untuk membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut, doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi untuk membentuk bergigi.

Setelah dicanai, jem nanas akan diletakkan di tengah dan adunan doh tersebut akan digulung supaya jem terletak di tengah-tengah adunan.

Kemudian, ia dipotong mengikut ukuran yang dimahukan. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas untuk menghasilkan warna kekuningan keemasan.

Saiz kuih tat nanas ini lazimnya dianggar semuat satu suapan supaya mudah dijamah.

Nama kuih ini mungkin diperolehi berdasarkan jenis kuih kering yang berinti iaitu tat dan kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nanas.

Oleh sebab kuih tat nanas disukai ramai dan harganya yang berpatutan, ia ada dijual secara meluas. Namun, penghasilannya dan penjualannya agak bermusim.

Kuih tat nanas memiliki rasa inti yang manis, namun untuk mengimbanginya, doh kulitnya adalah tawar. Kulit tat yang bagus lazimnya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi untuk memegang doh yang senang terlerai itu, selain sebagai hiasan warna keemasan.

Kuih tat nanas sesuai dibuat sebagai makanan petang disebabkan rasanya yang enak dan manis. Ia lazimnya disajikan dengan teh tawar kerana ia telah pun manis.

Sumber lain :

Tart Nanas Gulung

Bahan A :

  • Mentega (250g) – guna mentega mahal untuk hasil yang sedap
  • Gula kastor (1 sudu besar) – boleh juga kisar gula biasa untuk jimat
  • Kuning telur gred B (sebiji)
  • Esen vanila (1 sudu teh) – optional
  • Minyak sapi (1 sudu teh)
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan B :

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan )
  • Tepung jagung (2 1/2 sudu besar)
  • Tepung kastard (2 1/2 sudu besar)
  • Susu tepung (1 sudu besar) – pemilik resepi tidak letak kerana minyak sapi sudah lemak

Hiasan :

  • Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning

Caranya :

1. Pukul bahan A sehingga sebati selama 2 minit.

2. Masukkan bahan B dan uli sebati.

3. Masukkan dalam acuan dan terap. Masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.

4. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak. Suhu 180* api atas dan bawah.

Nota: Pasti ramai yang sukakan resepi ini kerana menggunakan sukatan cawan.

 Cara buat tart nenas dari video, step by step. 

Sumber lain :

Sumber lain juga :

1 thought on “Resepi biskut Tart Nenas Gulung yang gempak”

  1. Pingback: Resepi nak buat jem nenas – Myzons

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top