Tahniah Syamel dan Erni Zakri sudah bernikah sekali lafaz!

syamel dan ernie zakri

Mana yang baik kita kongsikan. Siapa yang tidak kenal dengan pasangan duet popular negara, Ernie Zakri dan Syamel telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Puncak Alam pada pukul 10.30 pagi tadi.

Satu kali Lafaz 

Menurut kenyataan yang diterima dengan satu lafaz, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, kini bergelar suami kepada Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, yang diwalikan oleh bapanya, Zakri Ahmad.

Mas Kahwin Rm300 dan seutas gelang tangan berlian. 

Pada majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dengan seutas gelang tangan berlian selain wang hantaran yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Buat Syamel, Ernie telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran yang kemudiannya berbalas lima dulang.

Difahamkan, majlis diadakan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri seramai cuma 20 orang ahli keluarga terdekat.

Majlis keraian buat pasangan mempelai ini dikendalikan oleh The Wedding Heritage (TWH) dan berlangsung secara tertutup dan eksklusif bersama ahli keluarga di sebuah resort persendirian di Serendah dengan bertemakan Melayu Klasik.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

1 thought on “Tahniah Syamel dan Erni Zakri sudah bernikah sekali lafaz!”

  1. Pingback: Selamat pengantin baharu Neelofa , Pu Hariz nikah hari ini! – Myzons

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top