Sinopsis Rajawali Faizal Hussien ASTRO FIRST

rajawali
Rajawali, diantara sebuah filem karya terakhir arahan Allahyarham Mamat Khalid bersama S. Amin Shahab menggabungkan elemen kehidupan dalam arus teknologi dan ilmu kebatinan. Filem Rajawali bersiaran mulai 21 Mei 2022 di Astro First, saluran 408, Astro Go atau On Demand. Memperkenalkan Faizal Hussein yang berlakon sebagai Abang Long dalam filem terkini, Rajawali. Filem ini menjanjikan aksi dan cerita yang menghiburkan. Kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Rajawali.

 

Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Rangkaian: Astro First 408, Astro Go, Astro On Demand
Penulis Skrip: Mamat Khalid
Pengarah: Mamat Khalid & S. Amin Shahab
Produksi: Muradijaya Sdn Bhd
Pelakon dan Watak.
  • Faizal Hussein sebagai Abang Long
  • Dato M. Nasir sebagai Komang
  • Umarul Mahdzar sebagai Arwin
  • Wan Hanafi Wan Su sebagai Tok Wan
  • Siti Saleha sebagai Maya
  • Razali Hussain sebagai Harun
  • Bil Azali sebagai Shahrul
  • Yaya Maembong sebagai Meena
OST
Tajuk Lagu: Pertama – Extrimis
Lagu: Iskandar, Ayep
Lirik : Ayep

Sinopsis Telefilem Rajawali.

 

Sekumpulan penggodam yang diketuai Maya (Siti Saleha ), Harun dan Shahrul berjaya memecah sistem institusi kewangan dan menipu berjuta-juta ringgit dari akaun tidak aktif. Komang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan merekrut dan mengugut mereka agar melengkapkan misteri program komputer yang dipegangnya sekian lama. Diselamatkan Abang Long yang memiliki pengetahuan luas mengenai Silat, mereka merungkai misteri itu.
Seorang programmer yang bernama Arwin (Umarul Mahdzar Embong) telah mencipta ritual pemujaan ilmu hitam melalui sistem pengaturcaraan digital untuk membolehkan dia meningkatkan keampuhan seni mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang dipelajarinya. Sahabat seperguruannya iaitu Komang (M.Nasir) diamanahkan oleh guru mereka Tok Wan (Wan Hanafi Wan Su) untuk menyelamatkan Arwin. Pertarungan yang berlaku diantara Komang dan Arwin memaksa Abang Long (Faizal Hussein) memikul beban dan tanggungjawab yang diserahkan oleh Tok Wan untuk menghapuskan penaklukan ilmu hitam itu. Apakah hubungan diantara Abang Long dan Komang sehingga Abang Long sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Komang?

 

credit to myinfotaip.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top