Cinta Hilang Kata
Pelakon dan Watak.
- Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
- Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
- Nelissa Nizam sebagai Sabby
- Hariz Hamdan sebagai Zaili
- Iqram Dinzly sebagai Amirul
- Anne Abdullah sebagai Mahyun
- Liza Abdullah sebagai Jah Gayah
-
Amelia Christie sebagai EzraAqil
-
Taqee sebagai Deens
-
Faa Zaini sebagai Wanie
Sinopsis Cinta Hilang Kata.
Nurul Masmin (Sophia) dalam diam sukakan Rain Akhtar (Shah Jaszle) tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah (liza Abdullah).
Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.
Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.
Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.