Sinopsis Melur Untuk Firdaus (TV3)

Melur Untuk Firdaus
Drama Melur Untuk Firdaus adaptasi novel My ‘Rude’ Wife karya CikNorCinta bakal tayang di slot Lestary TV3 bermula 26 Mei ini. Drama terbitan A-Ten Alliance, diarahkan oleh Zamri Zakaria, menampilkan pelakon utama Meerqeen dan Anna Jobling. Drama Melur Untuk Firdaus akan disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam di tv3.

Melur Untuk Firdaus

Tarikh Mula: 26 Mei 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9.00 malam
Slot: Lestary TV3
Penulis Novel: CikNorCinta
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd
Pelakon: Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nisa Idrus, Kuna Muzani, Azhar Amir, Hani Nazrina, Hairi Safwan, Taib Zamannuri, Zainol Ismail
Watak Pelakon 
  • Meerqeen sebagai Firdaus
  • Anna Jobling sebagai Melur

Sinopsis Melur Untuk Firdaus

Firdaus Iskandar tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus. Apakah 7 syarat yang firdaus kena penuhi, dan adakah dia dapat penuhi 7 syarat tersebut?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top