Cara mudah nak buat roti john yang sedap dan lazat

Sediakan barang-barang basah seperti berikut.

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
  • Bawang merah,cili merah, cili api
  • 2-3biji telur
  • Planta
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand island
  • Sayuran : timun, kubis
  • Sedikit garam

CARA-CARANYA

1) Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.

2) Sapu roti dgn planta . Ketepikan.
3) Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.

>Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
4) Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?

Sedapnya! Boleh makan untuk berbuka dan sahur juga. Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Cara buat roti john yang lain :

Cara Buat Roti John Cheese Leleh Suudu

Roti john merupakan juadah ringan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama pada bulan Ramadan.Meskipun ia hanya hidangan ringkas yang menggunakan bahan asas seperti roti, telur dan daging namun tetap menjadi kegilaan dan mempunyai peminat tersendiri.Bagaimanapun Roti John yang dijual di pasar Ramadan hari ini, sudah diperbaharui resepinya apabila keju dijadikan bahan tambahan untuk menarik minat ramai, lebih-lebih lagi apabila keju yang digunakan meleleh di bahagian luar roti.Baru-baru ini Suudu telah berkongsi video mengenai Roti John Cheese Leleh di Facebook kami, apa kata anda cuba sendiri di rumah.

Resepi Roti John Cheese Leleh adalah seperti berikut:

Roti John Cheese Leleh Suudu:

Bahan-bahan
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
Roti panjang untuk sosej
Kobis
Keju Cheddar
Kepingan keju
Mayonis
Garam, gula secukup rasa
Daging/ayam cincang

READ
Resepi nak buat apam balik sedap berkrim!

Cara Memasak

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
  2. Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.
  3. Pukul telur. Masukkan inti daging. Kacau sehingga sebati.
  4. Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung.
  5. Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.
  6. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar diatasnya memenuhi permukaan inti.
  7. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.
  8. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
  9. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi disapu sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.
  10. Dipotong dan sedia dimakan

Selemat mencuba!

Pun begitu, kalau dah suka dengan roti John orang tu, maka tiap harilah nak jugak roti John yang sama rasa kan.Sekarang ni, anak-anak dan Encik Suami juga menyukai Roti John. Nak tak nak, memang kena usaha buat sendiri supaya berbaloi time nak menjamahnya.
Keluarga dah besar.Bajet juga tentulah besar kan.Bab berbuka puasa, suami saya pula lebih suka berbuka di rumah berbanding beli di bazaar ramadan atau makan di luar kerana sudah serik dengan pelbagai rasa makanan yang entah apa-apa. Ada juga yang terbukti keenakan juadah di bazar ramadan, cuma sebilangan kecil yang tidak jujur, maka mereka terpalit sama.
Bagi sesiapa yang mahu cuba buat sendiri Roti John di Rumah dengan inti yang dijamin sedap, meh saya kongsikan Cara Mudah Buat Roti John Di Rumah..:)

Cara Buat inti Roti John
2 biji telur

  • 1 sudu kecil serbuk kurma (kalau nak)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih
  • garam gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang
READ
Resepi kek lapis horlick

Cara Masak inti Roti John

  • Tumis bawang besar dan bawang  putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.
  • Tutup api.
  • Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
  • Sediakan roti secukupnya
  • Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.
  • sapu permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper tadi.Buat sehingga habis semua roti
  • Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, ambil satu senduk kecil inti tadi dan letak atas kuali leper
  • Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu,  balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.
  • Letak sos cili atau sos salad kegemaran anda.

Selamat mencuba dan buat Roti John Sendiri Di Rumah:)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: