Cara Permohonan Borang Online Matrikulasi 2018/2019 Online

Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2018/ 2019 KPM secara online. Menerusi makluman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah dibuka mulai 1 Julai 2018 sehingga 30 November 2018

matrikulasi

Senarai Program Yang Ditawarkan Matrikulasi Sesi 2018/19

  • Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  • Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Cara Permohonan Borang Online Matrikulasi 2018/ 2019 Online

1. Untuk membuat permohonan sila layari http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

borang-matrikulasi

Nota Penting: Anda mestilah membeli nombor PIN unik ID di BSN sebelum membuat permohonan online.

Contoh Resit Pembelian Nombor PIN BSN

resit

Harga Nombor PIN BSN Matrikulasi: RM6 Sahaja

Syarat Kelayakan Minimun Kemasukan Matrikulasi Sesi 2016/ 2017

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2018

a) Syarat kelayakan minimum Program Matrikulasi (Satu Tahun):

Jurusan Sains

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :

  • Fizik
  • Biologi

Jurusan Perakaunan

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :

  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan

READ
Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017

b) Syarat Minimum Program Matrikulasi (Dua Tahun)

Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C Kimia
5. D Matematik Tambahan
6. C Dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup ialah pada 30 November 2015. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2016/ 2017

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2016 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2018/2019

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2016 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi 2018/ 2019

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Rayuan Matrikulasi 2018/ 2019

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: