Tonton online Adnan Sempit-Shaheizy Sam,Intan Ladyana

adnan sempit

Cerita nih best, box office beb. Filem ini mengisahkan mengisahkan Adnan (Shaheizy Sam), seorang Mat Rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya.

Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya, Nadia(Intan Ladyana).  FIlem ini dia punya unsur semua ada, cinta, kelakar, sedih pun ada jugak, hahaha

Adnan Sempit (digayakan dalam poster sebagai Adnan Semp-It) ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Along Cham ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it). Filem ini diberi tajuk asal Rempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana berikutan arahan kerajaan terbaru pada pertengahan tahun 2009 yang tidak menggalakkan tema mat rempit dalam penerbitan filem dan televisyen terbaru Malaysia.

Adnan Sempit menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan jumlah hasilnya pada takat RM7.66 juta sepanjang tempoh tayangan awal di pawagam, mengatasi peneraju terdahulu Lagi-Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta, dan juga filem terbitan Metrowealth yang paling lumayan sebelum ini, Jangan Pandang Belakang, yang mengutip RM7.5 juta di dalam dan luar negara. Pada 13 hari pertamanya sahaja, filem ini berjaya meraih RM 5.5 juta jualan pawagam, sehingga membuatkan penerbitnya, David Teo untuk menyasarkan filem ini mencapai penontonan sejuta orang untuk mencecah kutipan RM8 juta. Akan tetapi, rekod Adnan Sempit tidak kekal lama apabila sebuah lagi filem terbitan Metrowealth, Ngangkung, memecah rekod jumlah kutipan Adnan Sempit dengan mengumpul RM7.9 juta dalam masa 20 hari tayangan di pawagam.

Kejayaan filem Adnan Sempit juga mencetuskan siri komedi televisyen, Adnan Sempit the Series yang disiarkan di Astro Warna pada pertengahan tahun 2010. Sekuel filem ini, Adnan Sempit 2 telah ditayangkan pada 23 Februari 2012, disusuli filem ketiga, Adnan Sempit 3 pada 8 Ogos 2013 serta filem keempat, Adnan Sempit Sawadikap pada 7 Ogos 2014. sebuah filem spin off Wawa Semput ditayankan Pada 31 Januari 2013. 

Pelakon utama

  • Shaheizy Sam sebagai Adnan
  • Intan Ladyana sebagai Nadia
  • Yana Samsudin sebagai Wawa
  • Along Cham Sebagai Bobby

Pelakon pembantu

  • Cat Farish sebagai Macha
  • Julia Hana sebagai Ieka
  • Angah Raja Lawak sebagai Seman
  • Zack X-Factor sebagai Jofri
  • Adeline Tsen sebagai Kawan Nadia
  • Syakila sebagai Kawan Nadia
  • Shah Rempit sebagai Zack

Pelakon undangan

  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Bapa Nadia
  • Aznah Hamid sebagai Ibu Nadia
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Dato’ Harun

Penggambaran filem yang asalnya berjudul Remp-it Nan Sempit bermula penggambarannya pada 25 Mei 2009, setelah menerima Sijil Perakuan Penggambaran Filem yang dikeluarkan oleh Finas tiga hari sebelumnya, tatkala diperdengarkan arahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar penerbit filem dan televisyen Malaysia dilarang daripada menerbitkan adegan mat rempit dan mak nyah, apatah lagi tiada pampasan akan diberikan oleh Kementerian tersebut kepada mana-mana pihak yang sudah menggambarkan babak-babak sedemikian. Apapun, David Teo memaklumkan kesediaan pihaknya untuk menukar tajuk filemnya seandainya diarah berbuat demikian. Proses penggambarannya dilaporkan mengambil masa lebih kurang sebulan.

Sungguhpun didesas-desuskan bakal diharamkan dari tayangan kerana melanggar arahan untuk tidak menerbitkan filem berkisah mat rempit, namun filem Rempit Nan Sempit berjaya diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem dengan rating PG-13, dan ditukar judulnya ke Adnan Sempit. Ketika ditemubual oleh pihak akhbar sebelum tayangannya, Ahmad Idham menjelaskan bahawa “filem berkonsepkan komedi memanglah filem bergenre ringan dan mengambil latar pekerjaan sebagai budak penghantar surat yang sering disalahertikan”, ketika menyentuh Adnan yang mempertikaikan jika semua penunggang motosikal itu adalah mat rempit, bagaimana pula sekiranya mereka yang sememangnya bekerja menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama.

Lebih-lebih lagi, difahamkan bahawa terdapat satu babak memaparkan dua gadis sedang asyik menari sambil menayangkan sebahagian tubuhnya dalam keadaan menggiurkan sambil dikelilingi sekumpulan remaja liar; sebenarnya pelakon berkenaan masih berbaju tetapi gambar mereka disunting dengan teknik ‘mozek’ pada bahagian atas tubuh gadis itu seolah-olah gadis itu benar-benar telanjang.

Sambutan

Kutipan pawagam. 

 

Pada minggu pertama tayangannya, filem Adnan Sempit dilaporkan berjaya mencatat rekod baru bagi MiG dengan meraih kutipan tiket sebanyak RM3.7 juta, sekaligus mengatasi filem-filem antarabangsa terhebat seperti Avatar 3D dan The Spy Next Door untuk menduduki tangga teratas carta filem pada hujung minggu pertamanya (14 hingga 17 Januari 2010). Malah, pada hari pertama sahaja, filem ini dikatakan berupaya mengaut RM 510,000 dari pawagam, sekaligus mengatasi kutipan Jangan Pandang Belakang yang meraih RM 480,000 pada hari pertamanya; tidak lupa juga mencatat rekod kutipan sehari tertinggi bagi filem Malaysia iaitu RM950,000 pada hari Sabtu, 16 Januari. Lebih mengagumkan, pada takat 11 hari di pawagam, filem ini dilaporkan mencapai kutipan sebanyak RM 5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MiG, David Teo, menyifatkan pencapaian Adnan Sempit sebagai luar biasa, dengan mengulas bahawa “Untuk tayangan pada hari Sabtu saja, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM 950,000 dan ini juga adalah satu sejarah buat industri perfileman tempatan. Jumlah kutipan ini takkan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak. … Malah, untuk kawasan bukan Melayu seperti di Cheras Leisure Mall juga mencatat kutipan yang membanggakan serta jumlah penonton yang ramai. Begitu juga dengan situasi di Cathay Cineleisure apabila pihak pengurusan pawagam berkenaan terpaksa membuka dua panggung serentak kerana jumlah permintaan yang cukup menggalakkan.”

Pada 17 Februari 2010, setelah 35 hari ditayangkan, dilaporkan bahawa filem Adnan Sempit berjaya menjadi filem Melayu #1 dari segi kutipan pawagam sepanjang zaman dengan mencecah kutipan berjumlah RM 7.7 juta, tidak lupa juga menjadi rekod baru untuk MIG dengan mengatasi kutipan RM 5.8 juta yang dibawa oleh Jangan Pandang Belakang yang juga menjumlahkan kutipannya RM 7.5 juta oleh tayangan di negara luar.

Ulasan

Nur Safina Othman dalam portal Tupai/cinema.com.my (31 Disember 2009) memberi 2.5/5 bintang kepada filem ini, dengan mengulas bahawa Shaheizy Sam memainkan watak lucunya dengan berkesan, tetapi tidak berpuas hati akan mutu lakonan Intan Ladyana yang “yang nampak lebih kaku dan tiada keserasian dengan wataknya itu”.

Dalam sisipan B*Pop Berita Minggu (10 Januari 2010), biarpun dianggap “komedi tipikal”, namun Adnan Sempit dipuji kerana “digarap ringan dan tidak mengelirukan penonton”, lebih-lebih lagi menyatakan “keberanian Idham mengenepikan aspek populariti pelakon untuk menjadi teras yang menghidupkan filem ke-33 terbitan MIG Production itu”, dengan memaksudkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam dan Intan Ladyana yang ketika ini belum benar-benar tersergah namanya dalam industri perfileman.

Sambungan Sekuel filem ini, Adnan Sempit 2 telah ditayangkan pada 23 Februari 2012, disusuli filem ketiga, Adnan Sempit 3 pada 8 Ogos 2013 serta Telefilem Di TV3 pada Hari Raya iaitu Adnan Sempit Balik Raya dan filem keempat, Adnan Sempit Sawadikap pada 7 Ogos 2014. Sebuah filem spinoff bertajuk Wawa Semput pula telah ditayangkan pada 31 Januari 2013.

Tonton online adnan sempit full movies disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top