LU LANGSI LU MATI.
KONGSI merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Sharif (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru hara dengan kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.
Senarai pelakon utama dan watak.
- Shaheizy Sam sebagai Tumulak
- Fizo Omar sebagai ASP Shariff
- Yana Samsudin sebagai Inspektor Olla
- Azad Jasmin sebagai Mikail
- Bront Palarae sebagai Kempedu
- Piee sebagai Pak Maliki
- K. Veerasingam sebagai Victor
- Chew Kin Wah sebagai Jimmy
- Alex Yanz sebagai Robert
- Azlan Komeng sebagai Rahim
- Putri Mardiana sebagai Inspektor Yati
- Shah Rempit sebagai Radhi
- Farid Kamil sebagai Ketua Polis
Kekuatan filem Kongsi ini bertunjangkan pelakon utamanya (Shaheizy Sam) yang berjaya menjalankan tugas yang baik sebagai pembunuh upahan yang kelam-kabut. Shaheizy Sam berjaya mewarnakan lakonannya dengan baik dan harus dipuji. Keharmonian hidup di Malaysia turut dipaparkan, walaupun dari segi kehidupan kongsi gelap berjaya menarik perhatian penonton dan turut menyelitkan unsur-unsur nilai moral kepada mereka yang menonton.
Kutipan.
Setelah dibuka di 87 pawagam di seluruh Malaysia,filem Kongsi telah mencipta sejarah dengan berjaya mencapai kutipan RM 1.08 juta dalam masa satu hari. Dalam seminggu pertama sahaja, filem ini berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta. Setakat 15 Jun 2011, kira-kira sebulan selepas mula ditayangkan, filem Kongsi mengaut sebanyak RM 8.09 juta. Banyak juga tuh.
Teknikal.
Ulasan akhbar juga mendapati masalah teknikal yang dapat dikesan apabila ada beberapa shot yang kelihatan agak kabur hingga mencacatkan sedikit pemandangan filem ini. Hal ini turut diakui oleh pengarahnya, Farid Kamil, dan menyatakan ada beberapa babak yang disengajakan untuk syot tersebut. Apa-apa pun, rata-rata pengkritik filem memberi pujian kepada beliau atas usaha menghasilkan filem ini yang terbukti menyeronokan dan bakal menarik ramai peminat lebih-lebih lagi penggemar filem-filem aksi.
Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
TONTON ONLINE KONGSI FULL MOVIE