Sekali Lagi Cinta Kembali
- Siti Khadijah Halim sebagai Aira
- Aniq Suhair sebagai Hayyat
- Zaki Azeman sebagai Zafran
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Zainab
- Kismah Johar sebagai Neksom
- Syamim Farid sebagai Elina & Heliza
- Nina KSC sebagai Danisha
- Shatirah Amanda sebagai Hana
- Ellyas Abdullah sebagai Imran
- Siti Hariesa sebagai Amirah
- Kuza sebagai Rozita
- Raja Azmi sebagai Badariah
- Izzendra sebagai Amberlyn
Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali (Novel).
Aira yg kecewa dengan Imran yang memilih Hana iaitu adiknya sendiri mula membawa diri dan bekerja di Pusat Terapi Nadi Insan. Kerana sedikit kesilapan, Aira dipaksa untuk menjaga Syafi. Disinilah dia bertemu dengan Hayyat (Aniq Suhair). Permulaan pertemuan mereka berjalan dengan tidak lancar. Ada sahaja mulut lepas Aira yang membuatkan Hayyat naik darah. Tetapi bila hari-hari berjumpa, rasa sayang dan cinta itu mula berputik.
Hubungan mereka penuh dengan rintangan. Ada sahaja cabaran yang mereka tempuh. Itu belum lagi kira sikap tarik tali antara keduanya. Sekejap mahu, sekejap teragak2, sekejap tu bila rasa setuju nak kahwin, dan2 tu pulak masalah timbul satu2. Aishh kadang-kadang geram dengan sikap Aira ni. Suka sangat berbolak balik. Si Hayyat pon sama 2×5. Macam rasa nak hantuk je kepala dua2 tu kasi centre sikit🤨. Tarik tali terlalu banyak dalam cerita ini kalau dalam novel.
Oh ya! Mungkin saya terlepas pandang. Tetapi masih jadi tanda tanya di kepala saya. Di bahagian epilog. Aira mengandung buat kali kedua tetapi kenapa penulis menulis yg Aira dan suaminya menyambut Aidilfitri buat kali pertama? Agak confuse disitu.
“Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?” – Zafran“Inilah yang saya cuba buat.” – Aira
“I offer you love and loyalty and I expect the same in return.” – Hayyat