Sinopsis drama Honey Moon, Zara Zya tv3

Honey Moon
Merupakan adaptasi dari novel Honey-Moon karya Nurharyati Ishak disiarkan di slot Lestary 900-100malav TV3 mulai 16 Julai 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam. Drama 20 episod terbitan Mache All Star United arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zara Zya dan Ben Amir.

Honey-Moon

Jumlah Episod: 20
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Novel: Nurharyati Ishak
Penulis Skrip: Sha Farhana Fauri
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Ema Latah, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli
Pelakon dan Watak. 

 

  • Zara Zya sebagai Moon
  • Ben Amir sebagai Ilham
  • Wanns Ahmad sebagai Jiman
  • Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
  • Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
  • Fiza Thomas sebagai Heffa
  • Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy

Sinopsis HoneyMoon

 

Moon (Zara Zya) Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri. Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun tiada siapa yang menyangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga.

 

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham (Ben Amir) tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

 

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” – ILHAM

 

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

 

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” – MOON

 

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah. Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

 

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top