Resepi Popia Coklat 4 Bahan

 

popia coklat 4 bahan

Popia Coklat 4 Bahan Je Gaiss🤤🤤🤤🤤🤤

Senang betul nak buat popia menggunakan 4 bahan sahaja. Biar betik bro?

Bahan-bahan:⠀

1. Kulit Popia⠀

2. Beryl’s Milk Coin⠀

3. Badam Hancur⠀

4. Satu sudu tepung gandum (untuk lekatkan kulit popia)⠀

Cara-cara:⠀

1. Gulungkan kulit popia (Gunakan penyedut minuman untuk mendapatkan saiz yang sekata)⠀

2. Sapukan sedikit bancuhan pekat tepung gandum dihujung kulit popia⠀

3. Potong secara menyerong⠀

4. Goreng hingga perang keemasan⠀

4. Sejat dan masukkan kedalam bekas⠀

5. Masukkan Beryl’s Milk Coin semasa popia masih panas⠀

6. Gaul hingga sekata⠀

7. Masukkan kedalam bekas dan tabur badam hancur yang telah dibakar⠀

8. Masukkan kedalam peti sejuk untuk seketika setelah popia sejuk⠀

Sedia untuk dinikmati😋 Snek mudah untuk kudapan 😉⠀

Selamat mencuba,

Kredit resepi: Foodies

 

Nak lagi senang?? Hah boleh beli terus kat Shopee ni hah —> https://shope.ee/9zIEdTC1Sb

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top