Resepi Nasi Ayam Hainan

nasi ayam,

Nasi ayam sangat popular untuk makanan harian masa kini. Harga untuk satu hidangan lebih kurang rm 5.00 ketika entri ini ditulis.  Tengok tempat jugalah. Ada yang rm5.50. Masa zaman belajar dulu rm4.00-4.50. Sekarang rm 10.00 pun ada jual. Gilerlah.

Nasi Ayam Hainan untuk keluarga berbuka pun ok juga.

Nasi Ayam (10 Orang Makan)

  •  4 Cawan Beras Wangi/Biasa
  • 4 Cawan air
  • 4/5 Paha Ayam
  • 1 bawang besar holland (Potong 4)
  • 2 kiub ayam maggi
  • 3 inci halia (Potong halus)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 tangkai daun bawang

nasi ayam , nasi ayam hainan

1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang diatas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali ok.
3. Ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
==============

Taugeh/ Sayur
4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak

1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur

nasi ayam , nasi ayam hainan

 

nasi ayam , nasi ayam hainan

 

Hehe selamat mencuba.

Resepi ni tak perlu garam atau gula ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
READ  Tarikh pilihanraya pru ke 14 2018,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: