Resepi Biskut Badam

biskut badam, badam,

-BISKUT BADAM-

Dengan kerangupan biskut yang dah siap dibakar, tambah pula dengan rasa coklat pasti sedap, pasti tiada yang akan menolak untuk menjamahnya.

Bahan-bahan utama:

  • 120 g mentega
  • 80 g gula kastor 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60 g badam kisar
  • 180 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g almond flake (badam cencang nipis)
  • 2 biji kuning telur (untuk sapuan)

 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga lembut.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
  3. Masukkan badam kisar dan tepung gandum. Gaul rata.
  4. Canai dan ratakan adunan.
  5. Terap adunan tadi dengan sebarang acuan dan sapukan kuning telur di atasnya. Kemudian,
  6. Letakkan almond flake di atasnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 170°C api atas dan bawah selama 15-20 minit sehingga masak.
  8. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

 

READ
Cara mudah nak buat roti john yang sedap dan lazat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: