Resepi Murtabak Mini popia mudah

Minggu ini kita mahu kongsi Resepi Murtabak Mini.

Setiap kali teringin nak makan murtabak kena tunggu hari yang ada pasar malam, dengan juga bulan puasa setahun sekali pun baru nak cari. Bukannya hari-hari ada pasar malam. Nak buat murtabak bukannya senang, nak kena uli tepung macam nak buat roti canai. Sekarang ini tahun, kita sambut ramadhan dengan keadaan pkp

Tapi sebenarnya ada cara mudah untuk anda buat sendiri murtabak di rumah dengan hanya menggunakan kulit popia. Paling menarik, anda boleh buat banyak-banyak dan boleh disimpan untuk di frozen. Bila nak makan, boleh keluarkan dari peti ais untuk digoreng.

mini murtabak bahan

Bahan2

  1. Kulit popia
  2. isi ayam / daging di cincang
  3. 3 biji kentang di potong dadu
  4. 3 sudu makan rempah kari
  5. 1 ulas bawang putih
  6. 2 biji bawang besar di potong dadu
  7. Daun sup
  8. Garam
  9. Gula

Cara memasak inti
1. Tumis bawang yang dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk balut murtabak:

balut mini murtabak
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dgn kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” 🤣🤣

Cara untuk ‘frozen’ murtabak mini

Bagi mereka yang nak simpan dan buat stok frozen, sejukkan dulu pada suhu bilik selepas digoreng. Kemudian baru masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dalam freezer. 

Apabila nak makan nanti, keluarkan 15 minit awal dan baru panaskan semula. Nak deep fry pun boleh. Mudah kan?

Bolehlah cuba resepi murtabak mini ini untuk minum petang atau jamuan di pejabat. Nak makan dengan kuah kari, dhal ataupun hirisan bawang, terpulang. Makan begitu saja pun dah cukup sedap. Selamat mencuba!

kredit: yanie mansor

mini murtabak

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top