Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau

kuih kasturi

Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau :

Kuih tradisonal yang masih lagi popular hingga ke hari ini. Apa kata kita cuba buat kuih ini untuk hidangan minum teh petang-petang atau juga untuk santapan sarapan pagi.

Bahan-bahan

  • 500 gram kacang hijau
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
Air untuk merebus kacang hijau
* Gunakan cawan penyukat metrik sukatan 250 ml untuk sama dan tepat.

Cara Buat Resepi Kuih Kasturi :

#1: Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikti sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil , untuk kita elakkan ianya jadi hangit.
#2: Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi leper.
Ok dah siap Langkah 1, kita teruskan dengan Langkah 2 untuk bancuhan kulit luar kuih kasturi.
Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.
Bahan Resepi Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :
  • 2 cawan tepung beras cap 1 gajah
  • 1 sudu teh air kapur pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji telor
  • Air ais untuk rangupkan kulit
Cara Buat :
#1: Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.
Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.
Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.
Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.
penyediaan bahan kuih kasturi
Sumber: Resepi Mama

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top