Resepi kuih bahulu,homade style

bahulu,

Kuih bahulu kuih raya tradisional yang boleh dikatakan hampir setiap rumah mesti ada kuih bahulu. Orang suka makan kuih ini sebab ianya lembut dan manisnya takdalah manis sangat.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pasir
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap sahaja ok. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika ‘off’ kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

Oh ya. TIPS nak bagi bahulu ni tahan lama. Boleh sampai berbulan tak kulat. Ini tips dia :

READ
Cara nak buat Pau Gebu dan Lembut

Setelah bahulu masak, buka sedikit penutup oven yang dah siap masak bahulu tadi biarkan menyejuk dalam oven semalaman. Bahulu akan jadi kering dan tahan lebih lama. Rasa sedap tetap kekal.

Selamat mencuba!

 

copy paste rasa.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: