Resepi ayam masak ungkep (masakan jawa)

ayam masak ungkep,

Berikut adalah cara-cara untuk resepi ayam masak ungkep. Kepada yang gemar mencuba resipi baharu, boleh saja disajikan tetamu di pagi raya dengan hidangan masyarakat dari seberang ini. (asal indonesia rupanya, waduh2 kok giniew).

Bahan:
1 ekor ayam – dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampungBahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi

Bahan tumis
:
Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara cara dia: 

  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam.
  4. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  5. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali.
  6. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung.
  7. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

Cara lain: lebih kurang jer nih.
Bahan-bahan:
1 kg ayam – potong 10 – perap dg garam & kunyit
2 batang serai – dititik
3 cawan air
1/4 kotak santan – saya tambah
Garam/gula/perasa pilihan
1/2 keping asam keping – (optional)  asam jawa pun boleh.
Minyak masak
Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Sejemput serbuk ketumbar
Sejemput serbuk jintan manis
Sejemput serbuk jintan putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
15 biji cili padi
Cara cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

 

READ
Resepi Rempeyek kacang dal yang ranggup

Yang lain.

Selamat mencuba buat anda semua ya…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: