Resepi ayam berempah marvellous

ayam bakar berempah,

Untuk lauk ayam bakar, sesuai untuk kita buat santai-santai makan malam. So untuk kali ni nak kongsi Ayam bakar berempah yang juga dimasak  pada PKP yang lepas. Dah 2-3 kali buat tapi sebelum ini tak sempat nak sharing. Sedap ayam bakar berempah ini, dah jadi kegemaran kami sekeluarga. T.kasih empunya resepi. Resepi asal guna kepak tp mama guna bhg chicken leg.

Ayam bakar berempah.

Resepi

Sediakan bahan-bahan asas.

1 ayam potong 4
1 bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sb gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sb serbuk cili
1 sb kunyit
4 sb sos tiram
1 sb serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sb serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sb jus limau
2 sb butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar.

Cara buat.

Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus diatas ayam. Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.

Credit @Pari Malar Thoraisingam

READ  Koleksi 15 Gambar yang Menipu Mata Manusia, Bukan Seperti yg Anda Bayangkan !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: