Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Simpanan Akaun 1 (Semakan Status)
Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bermula 21 Disember 2020. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan akan menerima manfaat ini.
Sedikit sebanyak memberi keleagaan para pencarum KWSP yang terkesan (bagi yang layak) akibat wabak covid-19 yang dilanda negara malah seluruh dunia. Pencarum yang layak dibenarkan membuat pengeluaran sehingga Rm10,000 atau lebih tertakluk kepada baki akaun 1 masing-masing. Terdahulu pencarum dibenarkan mengeluarkan Akaun 2 KWSP yang dikenali sebagai i-Lestari.
Apa Itu i-Sinar?
i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli KWSP membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP
Berapa Jumlah Maksimum Pengeluaran boleh dikeluarkan?
Amaun pengeluaran i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 masing-masing. Terdapat dua jenis iaitu pertama bagi baki simpanan Akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah, pengeluaran dibenarkan sehingga RM10,000 dan kedua, bagi baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000, dibenarkan mengeluarkan sehingga 10% daripada simpanan dengan maksimum amaun RM60,000
Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)
Korang boleh ketahui status permohonan i-sinar pada 4 januari 2021 hari isnin ini nanti ok.
Ada dekat butang bawah laman i-sinarkwsp.