Semakan pembayaran BPN 2.0, fasa 2 ,Bermula Januari 2021

menteri kewangan,

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  sebelum ini memaklumkan pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Untuk fasa pertama sudah selesai, cuma untuk peringkat rayuan dan juga urusan lain, akan dikreditkan kepada akaun penerima masing-masing campur fasa pertama dengan fasa kedua itu nanti.

Manakala, bayaran fasa ke-2 dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021. Tarikh yang sebenar akan dikemaskini kelak. Sabar semua ya.

 

Penerima BPN tidak mempunyai akaun bank.

Bagi penerima yang layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran boleh dilaksanakan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober 2020.

Korang check status terima nanti di laman rasmi bpn.hasil.gov.my

READ
Orang akaun,boleh buat tak macam nie?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: