UCAPAN Datuk najib razak MENGENAI PERPADUAN YANG DIANCAM OLEH DUA INDIVIDU dikecam nitizen

najib tun razak,

Hai baru dua orang sudah goyang ke ?? Perdana menteri kita, datuk seri Najib tun Razak mengatakan perpaduan yang dikecapi hari ini diancam oleh dua individu (Siapa agaknya??).

copy paste dari najibrazak.com

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Perpaduan adalah amat penting bagi membentuk sebuah negara yang harmoni. Namun, tidak boleh dinafikan sejak akhir-akhir ini, perpaduan negara kita sering diancam oleh dua individu.

Kita dapat lihat ancaman pada perpaduan ini terjadi dalam dua fasa. Fasa pertama pada tahun 2008 di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman.

Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai satu isu politik untuk meraih undi.

Sebelum ini, tidak ada pun pertikaian pada perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni.

Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum.

Fasa kedua mula pada tahun 2016 pula apabila seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima.

Perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej “bipartisan” dan “multiracial” memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.

Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.

Lagi menyedihkan lagi, pemimpin lama tersebut sanggup dipergunakan oleh perhimpunan untuk memecahbelahkan rakyat, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu.

Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan kedua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya untuk fasa ketiga.

Kerana itulah agenda 1Malaysia wajib diteruskan.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Komen nitizen ada yang tulis #respectmypm lah tak putus-putus tuh. Aku pun tak pasti pejuang keyboard manalah agaknya. Huhu

 

Mungkin baru diancam…tp negara kita telah di malukan pd pandangan luar…tak caya cuba pergi negara luar yg dekat2 pun cukup…dengar pertanyaan dan komen mereka tentang hal2 negara kita yg terkini…

Mabuk ketum ke tu…nak liked atau respect pun tgk ler isu…kesalahan dgn jelas…salahkan org lain…ada yg like dan respect juga…? …fening la

#RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM #RespectMyPM #BelieveInPM
for me only 1 individu yg rosakkan malaysia..MO1
agenda 1malaysia najib diteruskan…maap typo, agenda 1malaysia wajib diteruskan, haaa bru btoll
ni mesti kerajaan langit dgn kerajaan bumi…gang baju merah akan uruskan jib ooii..
Are you tryiing to say its yours ?
Peh dia punya nak belit pusing isu sana sini macam soalan KBAT

Dan banyak lagi… entahlah. Mana yang kita fikir komen yang membina sepatunya kita kena bagi teguran kepada pemimpin kita.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...