Resepi mudah, aiskrim coklat choki-choki

Senang jer sebenarnya nak buat aiskrim choki-choki. Yang penting, siapkan bahan-bahan asas dia tuh. Yang penting peti ais kena adalah. Hehe.

Bahan-Bahan Asas. 

1. Susu Pekat 1 Tin

2. Susu Cair 1 Tin (Marigold contohnya)

3. Coklat Choki-Choki. Jangan beli coklat cadburry sudah. Itu kira aiskrim lain namanya.

4. Plastik Aiskrim (penting nih)

5. Tepung Jagung

6. Garam secukup rasa. Huhu…

Cara Buat Aiskrim Choki Choki … 

1. Didihkan campuran susu cair dan susu pekat didalam periuk. Panaskan lah yer.

2. Tambah 4 tin air (guna tin kosong tadi).

3. Tambah 1/2 sudu tepung jagung (untuk melebutkan) dan secubit garam (untuk naikkan lemak).

4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.

5. Ambil choki-choki 1 batang dan picit coklat masukkan ke dalam plastik aiskrim.

6. Tuang bahan didih tadi ke dalam paket aiskrim.

7. Masukkan ke dalam freezer. Tunggu dalam 5-6 jam. Ikut jenis freeze korang tuh. Kalau canggih , sejuk punya sekejap je dah keras aiskrim korang tuh.

8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
aiskrim, aiskrim choki, choki, dah siap dah.. Apa lagi jom makan… Huhu…

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...