Tonton online Sepi Tanpa Cinta episod 1

SEPI TANPA CINTA

Drama Sepi Tanpa Cinta diadaptasi daripada novel Biarkan Sepi Berlalu karya Damya Hanna akan disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 8 April ini. Sepi Tanpa Cinta diarahkan oleh Rashid Sibir, menampilkan Nazim Othman danYuna Rahim sebagai pelakon utama.

Sepi Tanpa Cinta

Jumlah Episod: 20
Tarikh Tayangan: 8 April 2022
Rangkaian: Sooka
Novelis: Damya Hanna
Penulisan Skrip: Adib Zaini, Mike Alias, Shaza Talib, Ares Bahar, Dayang Noor, Qawiem Hamizan
Konsep / Skrip: Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Rahim, Shamsiah Tukijo
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd
Pelakon dan Watak.
  • Nazim Othman sebagai Fakrul
  • Yuna Rahim sebagai Haziqah
  • Jihaa Sham sebagai Sue
  • Zulhelmy sebagai Yusri
  • Asyiqin Zaed sebagai Radiah
  • Sheila Mambo sebagai Haryati
  • Fauziah Nawi sebagai Aminah
  • Fikri Bazli sebagai Amirul
  • Rosnah Mat Aris sebagai Senah
  • Maisarah Sufia sebagai Zura
  • Adam Shadan sebagai Idzham
  • Heryanto Hassan sebagai Leman
  • Amy sebagai Faremy
  • Maria Farida sebagai Sakinah
  • Fateh sebagai Hafiz
  • Kismah Johar sebagai Mak Doha
  • Zaidi Omara sebagai Fuad
  • Norlia Ghani sebagai Mak Bedah

Sinopsis Sepi Tanpa Cinta

Haziqah (Yuna Rahim) memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri (Zulhelmi). Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas.
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul (Namin Othman) tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Dia dikeji dan digantung tidak bertali!
Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seakan-akan menggunung.
Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz, sepupunya.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

TONTON ONLINE EPISOD 1 SEPI TANPA CINTA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top