Tonton online Musafir Lalu Tv3

MUSAFIR LALU

Musafir Lalu yang dibintangi oleh Datuk Fizz Fairuz. Betul-betul menjadilah lakonan dia nih.

Waktu siaran : Jumaat, 18 November 2022, pukul 8.30 malam
Penulis skrip : ZH Emdee (FDAM)
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : 2606 Skyline Pictures Sdn. Bhd.

SENARAI PELAKON DAN WATAK

  • Fizz Fairuz sebagai Chon
  • Syazwan Zulkifli sebagai Shidi
  • Dato’ Jalaludin Hasan sebagai Ahmad (bapa tiri Chon)
  • Delimawati Ismail sebagai Zarah
  • Neera Azizi sebagai Sarah
  • Rahim Omar sebagai Dato Rahim
  • Feiyna Tajudin sebagai Liza
  • Kamal Rezuan sebagai Asmarul

SINOPSIS TELEFILEM MUSAFIR LALU

Kisah Chon (Fizz Fairuz) insan lurus bendul yang sering mendapat tohmahan dan juga rungutan orang kampung tentang lembu-lembu peliharaannya. Chon sering dibuli Wan (Kamal Rezuan) anak ketua kampung bersama rakan-rakan nakalnya. Perbuatan mereka juga sering memburukkan lagi tanggapan orang kampung terhadap Chon.

Dalam keadaan ini telah menjadikan pada Ahmad (Dato’ Jalaludin Hasan) selaku bapa tiri Chon tak bekap dia sangat. Mujurlah Zarah (Delimawati Ismail), ibu Chon sering mempertahankan Chon dari ditohmah yang bukan-bukan. Ahmad yang terlalu sakit hati dan benci pada Chon, bertindak menjual semua lembu-lembu Chon tanpa pengetahuan Chon.
Situasi ini telah mengecewakan Chon dan muncul Shidi (Syazwan Zulkifli) memberi semangat baru pada Chon mengajak Chon merantau ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Chon yang berkerja sebagai pengawal keselamatan telah terperangkap dengan cinta tiga segi Liza (Feiyna Tajudin).
Situasi ini sekali lagi mengundang malang pada Chon. Chon dibuang kerja kerana membelasah Asmarul, kekasih Liza yang mana adalah anak pemilik syarikat keselamatan Chon berkerja.

 

Tonton disini

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top