Tonton online Kampung Pisang bersiri-siri episod 1 (sinopsis)

kampung pisang bersiri-siri
Astro membawakan francais filem terkenal karya Mamat Khalid ke dalam bentuk drama bersiri bertajuk ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’. Drama prequel Kampung Pisang ini bakal ditayangkan pada 7 Disember 2020.
JUDUL : KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI
EPISOD : 12
TARIKH TAYANGAN : 7 Disember 2020
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENGARAH : Mamat Khalid
PRODUKSI : Astro Shaw Sdn Bhd
PELAKON : Bell Ngasri, Kazar Sairi, Aziz M. Osman, Dewa Sapri, Mat London (Ahmad Ibrahim), Awie, Sharwani, Mohd Rashid, Nazeera Sardi, Latiff Zami, Delimawati, Joey Daud, Jasper Supayah, Shuk, Avaa Vanja, Reza Hasbi, Annie Mosha, TJ Isa, Imuda, Pekin Ibrahim, Akmal Ahmad, Wan Raja, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Kamarool Haji Yusoff, Hazama.

Lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang ini yang mana masing-masing telah merekodkan kejayaan membanggakan adalah ‘Hantu Kak Limah’ (RM38.6 juta, tahun 2018), ‘Zombie Kilang Biskut’ (RM1.5 juta, 2014), ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit’ (RM6.4 juta, 2013), ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ (RM8 juta, 2010) dan ‘Zombi Kampung Pisang’ (RM2.4 juta, 2007).

Kesemuanya telah meraih kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta.

WATAK PELAKON
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Kazar Sairi sebagai Pak Din
Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
Mat London sebagai Pak Karim
Awie sebagai Husin
Sharwani sebagai Wani
Latiff Zami sebagai Manap
Joey Daud sebagai Daud M
Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
Jasper Supayah sebagai Izlin.

“Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini. Selain dari itu, penonton juga akan disajikan dengan jalan cerita, elemen komedi, hantu dan kameo yang berbeza di setiap episod.

“Manakala, barisan pelakon bukan sahaja dalam kalangan pelakon tetapi turut membintangi adalah barisan pengarah hebat tanah air seperti Mat London, Nasir Jani, Ellie Suriaty, Pekin serta kartunis Imuda dan pelukis komik Ujang, Soya. Saya rasa berbangga dapat bekerjasama dengan mereka dan para pelakon lain. Ternyata kehadiran mereka tidak sahaja memberi input pada karya ini, malah dedikasi dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang penggambaran harus diberi pujian.” Jelasnya.

Mamat Kalid menganggap Kampong Pisang Bersiri-Siri sebagai satu cabaran kerana ini merupakan drama bersiri pertama yang diarahnya.

“Namun begitu saya perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem. Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand.

“Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan seketika khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid-19 ini. Tidak salah kiranya jika kita meluangkan sedikit masa untuk berhibur bersama keluarga dan yang tersayang dengan menonton karya Kampung Pisang.” ujar Mamat Kalid lagi.

Masih berlatarbelakangkan Kampung Pisang, drama siri berdurasi satu jam ini menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu.

READ
Tonton online sepahtu reunion (LIVE) Musim ke2 Episod1

Antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Bagi watak penduduk tetap Kampung Pisang, ia akan dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London, Avaa Vanja, Nazeera Sardi dan ramai lagi.

Tambah menarik, penonton boleh turut menyaksikan penampilan khas barisan selebriti popular tanah air secara bergilir-gilir pada setiap minggu sepanjang 12 episod siri ini bersiaran.

Di antara mereka yang terlibat adalah Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya dan Shuk Sahar.

Episod pertama ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam, 7 Disember ini. Manakala, untuk minggu-mingu seterusnya, siri drama premium komedi seram ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.

Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

SINOPSIS KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI
Tunggu

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: