Tonton online Ash dan Aish Episod 1

ASH DAN AISH

 

Keluarga Aisha meninggal dunia dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh bapa saudaranya. Ashrafi pemuda misteri yang sering membantu Aisha. Apabila Ash koma, Aish terkejut bila dapat lihat roh lelaki itu.

Kisah Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

 

SENARAI PELAKON DAN WATAK

  • Meerqeen Sebagai Ashrafi
  • Siti Khadijah Halim Sebagai Aisha
  • Anna Jobling Sebagai Delila
  • Nadhir Nasar sebagai Izma
  • Idzham Ismail sebagai Pak Su

Tonton online Ash dan Aish Episod Penuh 1

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top