Keputusan penuh pilihanraya kecil parlimen port dickson hari ini 13 oktober 2018.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Calon Bebas lain adalah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong; pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah, Lau Seck Yan.
Jika dilihat kepada momentum kempen, Anwar paling menonjol dengan menggerakkan jentera berkempen hingga ke minit terakhir, berbanding enam calon lain.
Malam tadi saja, empat program ceramah diatur untuk Anwar bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam yang turut mendapat sokongan pemimpin utama PH.
