Keputusan prk port dickson parlimen 132 13.10.2018 (ds Anwar Menang!)

prk port dickson,

Keputusan penuh pilihanraya kecil parlimen port dickson hari ini 13 oktober 2018.

PRK kali ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Calon Bebas lain adalah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong; pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah, Lau Seck Yan.

Jika dilihat kepada momentum kempen, Anwar paling menonjol dengan menggerakkan jentera berkempen hingga ke minit terakhir, berbanding enam calon lain.

Malam tadi saja, empat program ceramah diatur untuk Anwar bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam yang turut mendapat sokongan pemimpin utama PH.

PAS memperoleh 7,292 undi, melebihi undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada PRU lepas, parti itu hanya menerima 6,594 undi.

Ini menunjukkan pengundi PAS kekal mengundi parti itu sementara ketiadaan BN membantu meningkatkan jumlah undi kepadanya.

Pada pilihan raya umum lepas, BN mendapat 18,515 undi.

Malaysiakini anggap Anwar sudah menang PRK PD

7.30 pm – Kiraan tidak rasmi menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Port Dickson.

Anwar kini memperoleh 22,897 undi. Dengan mengandaikan jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 60 peratus, jumlah itu sudah memadai untuk mengisytiharkan kemenangan terhadap Anwar.

Terdapat seramai 75,770 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya kecil ini. Anggaran 60 peratus keluar mengundi adalah bersamaan 45,462 pengundi.

Dengan Anwar sudah mendapat lebih separuh daripada undi yang ada, mustahil pihak lawannya akan dapat menyaingi undi yang diperolehinya.

READ  Bajet2017: Pemandu Uber / GrabCar Beli Iriz Terima Rebat RM4,000 – Inilah Reaksi Proton

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: