SINOPSIS THE MAID2, ASTRO

THE MAID 2
Drama bersiri popular terbitan Gempak (Gempak Originals Series), The Maid bakal menemui pengikut setianya untuk musim kedua (The Maid 2) yang bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Merupakan kesinambungan The maid 1, Masih mengekalkan penulis skrip seperti Sham Hashim dan Nazri Vovinski, The Maid 2 merupakan arahan bersama dua sutradara popular, Michael Ang dan Hadith Omar.

The Maid 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

The Maid 2

Jumlah Episod : 12
Tarikh Mula Tayangan: 6 Julai 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Sham Hashim dan Nazri Vovinski
Pengarah: Michael Ang & Hadith Omar
Pelakon: Norman Hakim, Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair

Senarai Pelakon dan Watak Utama.

Sinopsis The Maid 2.

Jay (Norman Hakim) dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan. Siapa yang bunuh Jay? Cctv yang merakam tempat resort tuh semua tak berfungsi masa kejadian. Adakah benar Jay sudah mati? Penuh suspens , kelakar dan mendebarkan. Best cerita nih.
CREDIT TO myinfotaip.com

Saksikan trailer The Maid2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top