Sinopsis penuh Filem Kalut Nak Kahwin, Amerul Affendi

KALUT NAK KAHWIN
Merupakan sebuah filem romantik komedi, Kalut Nak Kahwin, mengisahkan tentang masyarakat kita yang kalut apabila sesuatu masalah yang timbul tanpa diduga. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Filem ini  akan bermula pada 4 Ogos ini, di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.

Kalut Nak Kahwin

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Rangkaian: Astro First, saluran 480
Pengarah: Yussuf Yunus
Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd
Pelakon dan Watak.  
  • Amerul Affendi sebagai Mustaqim
  • Dee Al-Hadi sebagai Munirah
  • Chelsia Ng sebagai Honey
  • Salih Yaccob sebagai Pak Lang
  • Kartina Aziz sebagai Mak Minah
  • Anas Ridzuan sebagai Buyut
  • Aloy Paradoks sebagai Sulaiman
  • Megat Sharizal sebagai Zaidi

Sinopsis Kalut Nak Kahwin.

 

Sebuah kisah tentang erti sebenar kekalutan. Kisah masyarakat marhain yang pasti menghiburkan kalian sekeluarga. Mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat mereka. Cuba bayangkan tengah sibuk prepare majlis perkahwinan , tiba-tiba takda air? Tak ke kita rasa memang kelam kabut. Tengah fikir apa plan A, B ke nak atasi masalah yang melanda ini.  Munirah bingung apabila berlaku gangguan air di flatnya pada hari perkahwinannya. Abangnya, Mustaqim cuba mengatasi masalah dan memastikan perkahwinan itu berjalan seperti yang dirancang.
Mengeruhkan lagi keadaan, Pak Lang, tukang masak tidak boleh menghidangkan semua juadah untuk tetamu jemputan kerana kesuntukan masa. Tambahan pula berlaku pulak kebakaran, tok kadi ada urusan lain dan pelamin tak siap. Nasib baik, atas nama kerja berpasukan, semua masalah dapat diselesaikan. Apa yang penting , kerjasama. Dah macam wonderpet pulak.
Latest work from Cinemalaya Studios supported by FINAS, ALB Infiniti and Astro Shaw. Thank you for the trust.
Thank you Cinemalaya Comrades for the support in making this project happen! Good vibes always.

 

TRAILER KALUT NAK KAHWIN.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top