Sinopsis Hantu Bonceng 2.0

 

Kalau dulu zizan razak bergandingan dengan Julian Evans (sekarang puan Seri). Untuk Hantu Boceng 2.0 Zizan razak masih lagi sebagai teraju utama, tetapi kali ini berganding dengan Shiha Zikir. Shiha zikir yang dia punya sheikh agak gila kadang-kadang bolehlah dijadikan pairing dalam Hantu Bonceng 2.0 ini nanti.

Sinopsis Hantu Bonceng 2.0.

Genre komedi seram kelakar.

Selepas membonceng kapcai pada 2011, hantu bonceng 10 tahun cerita lama ini, kini kembali membonceng ‘mat-mat rempit’ dalam sekuel terbaru berjudul Hantu Bonceng 2.0, cuma mungkin disebabkan ‘PKP’ dan penjarakan sosial, hantu kali ini tidak dapat membonceng kerana motor ‘Ysuku’ si Amran (Zizan Razak) telah hilang di kawasan parkir hotel berhantu.

Seperti filem pertama, Hantu Bonceng 2.0 masih mengekalkan elemen-elemen ‘mat rempit’, komedi dan sosok hantu yang menggangu watak utama iaitu Amran dan Kunyit. Kisahnya bermula apabila motorsikal ‘Ysuku’ si Kunyit rosak semasa mereka sedang berkonvoi. Amran meminta rakan-rakan lainya bergerak ke destinasi sementara dia cuba membaiki ‘Ysuku’ Kunyit.

Secara tiba-tiba seorang wanita misteri (Shiha Zikir) menyapa mereka dan membuatkan Amran ketakutan kerana bimbang wanita itu adalah hantu yang cuba menganggu mereka di kawasan hutan rimba. Wanita yang mengenalkan diri sebagai Ayu itu meminta mereka untuk bermalam di sebuah hotel dikawasan berdekatan dan menunggu pada siang hari untuk membaiki motorsikal.

Selepas di pujuk Kunyit, Amran dan teman wanita Kunyit bersetuju untuk bermalam di hotel tersebut. Namun, selepas mendaftar masuk, pelbagai kejadian misteri dan menakutkan mula mengganggu Amran dan Kunyit.

 

Bagi aku, Hantu Bonceng 2.0 tidaklah begitu teruk, tidaklah begitu bagus dan bawah sedikit dari tahap ‘sedang-sedang’. Jalan ceritanya sangat klise, dan ‘execution’ agak kurang bagus, tetapi elemen misteri yang diterapkan dalam filem ini kadang-kala membuatkan saya fokus pada jalan ceritanya – terutamanya selepas separuh masa kedua.

READ
Sinopsis Filem Songlap dan free download.

Gandingan Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar sekali lagi memberikan babak-babak komik kepada penonton, cuma jika hendak dibandingan dengan filem pertama, sekuel kali ini agak kurang menghiburkan. Seperti biasa, lawak ‘double meaning’ menjadi ‘point’ utama untuk mencipta babak komedi, cuma tidak begitu melampau. Namun begitu, ada beberapa dialog boleh dikatakan agak kelakar dan boleh dijadikan ‘quote’.

 

‘Execution’ komedi seram agak lemah, walaupun ada ‘comic relief’ dalam babak-babak seram. Jika filem pertama kita boleh lihat karakter hantu mencipta babak komedi, filem kali ini antagonisnya terlampau serius. Kedua-dua elemen ini banyak dipisahkan, hanya satu dua babak sahaja yang mengabungkan elemen komedi dan seram, seperti babak Amran dan Kunyit membelasah hantu, yang boleh dikatakan ‘memorable’ dan tak disangka.

Teknikal filem ini sangat teruk terutamanya dari segi bunyi dan skor. Suara watak kadang-kala tenggelam dek disebabkan bunyi latar. Skornya kadang-kala tidak kena dengan suasana babak. Kualiti visualnya pula sangat mengecewakan, dan ada babak yang terlampau gelap. Pendek kata, aspek teknikal filem ini seolah-olah dibuat menggunakan teknologi 10-15 tahun dahulu.

Hantu Bonceng 2.0 mungkin tidak mampu mengatasi filem asal, tetapi masih boleh ditonton untuk memenuhi masa lapang. Jujur saya katakan, saya tidak rasa terseksa untuk habiskan jalan cerita filem ini sepertimana saya menonton Kelaster atau Miimaland, cuma saya rasa kecewa kerana Yusri Abdul Halim gagal menjadikan ia sebuah filem yang menarik seperti filem pertama.

credit copy paste to kakimuvee.net

FILEM pecah panggung, Hantu Bonceng dengan kutipan pawagam lebih RM8.5 juta kembali selepas 10 tahun menerusi filem terbaharu, Hantu Bonceng 2.0.

Filem seram komedi itu masih mengekalkan genre terdahulu, tetapi dengan jalan cerita yang lebih segar, mutu produksi yang lebih tinggi, barisan pelakon berbakat besar serta pengarah serba boleh, Datuk Yusry Abd Halim.

READ
Sinopsis Ejen Ali The Movie

Istimewa buat penonton dan penggemar filem tempatan, Astro Shaw membawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula esok.

Tidak akan lengkap tanpa watak utamanya, Amran yang dijayakan pemenang Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH tiga tahun berturut-turut iaitu Zizan Razak bersama pelakon Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit.

Selain itu, filem ini menyaksikan kemunculan watak baharu lakonan Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Chew Kin Wah, Acong Sweetchild, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, Soya, Erryn Abdullah, Rashdan Baba dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy.

Menurut Penerbit Eksekutif Hantu Bonceng 2.0, Datuk Azlan Shah Jaffril, walaupun selepas 10 tahun, jenama Hantu Bonceng masih segar dalam ingatan penonton.

“Filem terdahulu meraih sambutan hangat di pawagam Malaysia, Singapura, Brunei. Meskipun selepas 10 tahun ia ditayangkan, namun jenama Hantu Bonceng masih segar dalam kalangan peminat filem tanah air dan kesinambungannya sering dinantikan oleh penonton.

“Jalan ceritanya juga masih relevan sehingga kini. Rentetan daripada itu, kami berasakan kini adalah masa yang tepat untuk hasilkan Hantu Bonceng 2.0 dan yakin Astro First adalah platform yang tepat untuk menayangkan filem ini. Dengan kemampuan Astro dalam memasarkan filem, kami percaya filem ini dapat dibawa secara menyeluruh kepada penonton sasaran.

“Sementara itu, mengenai pemilihan barisan perlakon, selain masih mengekalkan tonggak utama Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar, filem ini turut mempertaruhkan bakat serba boleh penyanyi terkenal, Shiha Zikir.

SHIHA turut berlakon.

“Bakat yang ditonjolkan di dalam segmen parodi MeleTop dan program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) terdahulu, membuktikan kemampuan lakonannya yang tidak pernah dilihat lagi di dalam filem.

“Harapan kami agar kehadiran filem ini mampu mengembalikan fenomena filem seram komedi permotoran motosikal yang pernah menguasai industri filem tempatan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Hantu Bonceng 2.0 mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu mencapai kejayaan seperti filem Hantu Bonceng.

“Filem Hantu Bonceng berjaya mencipta fenomena dalam industri layar perak pada 2011. Kami percaya ramai yang teruja apabila filem pecah panggung ini bakal kembali menerusi sekuel terbaharunya. Memahami penonton yang sering menginginkan konten baharu dan menarik, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk membawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First.

TAIYUDDIN melakonkan watak Kunyit.

“Tidak dinafikan filem ini mempunyai kekuatan tersendiri. Jika kita lihat industri filem tempatan khususnya filem Melayu lebih cenderung kepada genre seram, komedi dan aksi. Begitu juga dengan filem di Astro First dan buktinya dengan kejayaan filem komedi Mael Totey The Movie (lebih RM6.4 juta), filem komedi seram Syif Malam Raya (lebih RM3 juta), filem komedi Manap Karaoke (lebih RM1 juta).

“Bagi filem Hantu Bonceng 2.0 pula, ia bukan sahaja mengangkat dua genre popular iaitu seram dan komedi, malah dipadatkan lagi dengan gabungan sub-genre aksi permotoran motosikal yang mana sering menarik perhatian kaki wayang.

“Sementara itu, penampilan barisan pelakon popular tanah air seperti Zizan Razak, Shiha Zikir, Joey Daud, AtuZero, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi di bawah arahan pengarah Datuk Yusry Abd Halim akan menjanjikan kepuasan berbeza kepada penonton,” katanya.

Filem ini turut menyelitkan lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir bersama Noki sebagai lagu tema utama filem.

READ
Tonton full movie munafik 2 2018

Hantu Bonceng 2.0 yang diarahkan oleh Yusry Abd Halim. Lakonan Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar. Boleh ditonton di Astro First. Korang dah tengok? Boleh share pendapat korang di ruang comment di bawah. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: