SINOPSIS DRAMA WALIMATUL TAK URUS , Luqman Hafidz FT Isyariana

walimatul tak urus
Nantikan telefilem komedi, Walimatul Tak Urus terbitan Hzkutive Sdn Bhd, menampilkan lakonan Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi. Karya ini yang bergenre road trip komedi ini diarahkan oleh Esham Shahlin. Abang Long Aziz M. Osman antara watak utama dalam telefilem ini.  Telefilem ini akan disiarkan di Awesome TV.

Walimatul Tak Urus

Tarikh Tayangan: –
Rangkaian: Awesome TV
Penulis Skrip: Syakireen Akhlakkeen
Pengarah: Esham Shahlin
Produksi: Hzkutive Sdn Bhd
Pelakon: Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau, Qazem Nor, Syed Ali, Taiyuddin Bakar, Kismah Johar, Zazo Maulana, Saiful Ghaz, Suriyani Hj Osman.

Sinopsis Walimatul Tak Urus.

Bergenrekan komedi, dan ianya mengisahkan tentang Shah (Luqman Hafidz) yang nekad mahu kahwin lari bersama Mira (Isyariana). Diaorang memang ada hubungan yang baik sebagai kekasih, tetapi apabila Mira telah dipaksa berkahwin oleh bapanya, Pak Kassim. Shah telah merancang, dan melarikan Mira ketika majlis akad nikah yang hampir berlangsung.
Shah telah dikejar oleh geng penarik kereta, kerana kereta yang dipinjam daripada rakannya, sudah empat bulan tidak dibayar. Dalam masa yang sama, abang dan kakak ipar Mira turut mengejar mereka. Semasa dalam perjalanan, Shah dan Mira telah berkenalan dan menumpangkan Mak Limah yang melambatkan perjalanan mereka.
Apa yang akan terjadi selepas itu. Jeng-jeng.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top