Sinopsis drama Silang, Nazim Othman ft Emma Maembong

silang.
Tajuk: SILANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Julai 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Cerekarama TV3
PENGARAH : Azman Yahya
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON :  Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid

Telefilem Silang mengetengahkan kehidupan individu disleksia lakonan Nazim Othman, Emma Maembong dan Jasmin Hamid. Bakal ditayangkan pada 6 Julai 2019 (Sabtu) jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. JS Picture sekali lagi berani membawa cerita-cerita insan yang istimewa. Mengetengahkan kisah benar ini ,bukanlah mahu cerita ini trending, tetapi yang penting mesej yang ingin dibawakan oleh pihak penerbit.

Amir (Nazim Othman)  seorang pereka grafik yang baru sahaja berkahwin dengan Dura (Emma Maembong). Selepas berkahwin, barulah Dura sedar yang Amir mempunyai masalah disleksia kronik dan anak mereka juga ada masalah sama.

Cerita nih best, banyak pengajaran yang kita boleh dapat, cuma pelik kenapa sebelum kahwin tak berterus terang dan Dura tak dapat nak tangkap apa sakit Amir. Bukan mudah untuk membentuk orang yang menghidap sakit disleksia ini.  Dura belum tahu apa sebenarnya yang berlaku, kenapa ini berlaku. dia tertipu atau ditipu atau sebenarnya dia diuji.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top