Sinopsis drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisyam ft Bella Astilah

Menggantikan drama Biarkan Ia Pergi.
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Menahan Luka – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Watak Pelakon. 
  • Zamarul Hisham sebagai Adam
  • Bella Astillah sebagai Nuha
  • Malek Mccrone sebagai Hadi
  • Eizlan Yusof sebagai Idris
  • Jihaa Sham sebagai Lydia
  • Mas Anizan sebagai Murni
  • Shah Iskandar sebagai Syed
  • Julia Farhana Marin sebagai Fatin
  • Zarynn Min sebagai Linda
  • Khaty Azian sebagai Sarah
  • Bella Rahman sebagai Syura

Sinopsis Aku Tanpa Cintamu

Nuha(bella astilah), berkerja sebagai pelakon tetapi dia ada cita-cita yang tinggi, dan jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam (Zamarul Hisyam), yang apabila dah mula berputik, Adam cuba mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?
Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.
Selepas kahwin baru tahu hidung belang adam.
Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
Ost Aku tanpa Cintamu –
Menahan Luka – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top