“Saya cadangkan kita terima gaji yang sedia ada daripada jadi penganggur,- Datuk seri M Saravanan

datuk k saravanan

Tak bolehla buat statement macam ini. Tahulah kau menteri gaji ratus ribu bulan-bulan. Jurang gaji menteri dengan rakyat jelata macam kita nih cokia, boleh pulak cakap macam tuh. Apa perasaan kau belajar bertahun-tahun, hutang pulak dengan ptptn, mara, dan sebagainya. Nak kena bayar masa dah habis belajar, kerja. Kotmitmen macam-macam. harap kerajaan cari alternatif untuk bantu graduan ini. Bukan suruh kita terima sahaja, tetapi kalau boleh yang ada sijil kelayakan, adalah gaji mininum ikut kelayakan masing-masing.Takkanlah nak rm 1200-1500. Kesian beb!!

SHAH ALAM – Kelembapan ekonomi semasa antara faktor tawaran gaji rendah iaitu dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan kepada graduan lepasan institut pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

“Kita tidak pernah ubah daripada gaji minimum (RM1,200), tetapi dalam keadaan kini, ada majikan memberi tawaran pekerjaan kepada penganggur.

“Saya cadangkan kita terima gaji yang sedia ada daripada jadi penganggur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin Dan Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2021 di sini Isnin.

Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) adalah satu bentuk bantuan dana kewangan yang dibayar secara sekali beri kepada kesatuan sekerja berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia (JHEKS).

Sebanyak empat kategori geran telah ditawarkan kepada semua kesatuan sekerja iaitu Latihan, Komputer, Pembangunan Laman Sesawang dan Penerbitan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui JHEKS telah menerima sebanyak 210 permohonan GPKS 2021 dari kesatuan di seluruh negara yang diperuntukkan sebanyak RM1.1 juta dan setakat ini telah meluluskan sebanyak 128 permohonan terawal yang lengkap dan memenuhi syarat asas. – Bernama

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top