Pelakon, Sazrin jumpa RM60,000!!

sazrin,

Semalam pelakon dan penyanyi Sazrin Aizul mendedahkan menemui hampir RM60,000 di tempat pembuangan sampah kediamannya di Wangsa Maju, semalam. Duit apa pulak nih, takkan ada konspirasi dengan bijan and the geng??

Sazrin ketika dihubungi mengakui terkejut apabila mendapati beg hitam yang ditemui penuh dengan wang tunai.

“Ketika buang sampah kira-kira jam 7 malam, saya terjumpa sebuah beg hitam yang masih bersih dalam tempat pembuangan sampah.

“Pada mulanya saya fikir ia mungkin sebuah al-Quran atau buku yang masih boleh dipakai tetapi sebaik buka beg itu saya nampak wang tunai yang disusun dengan elok,” katanya.

Menurut Sazrin, dia kini menunggu laporan daripada pihak pengurusan pangsapurinya untuk mengetahui pemilik wang terbabit.

“Duit berkenaan masih dalam simpanan saya kerana pihak pengurusan sedang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang meletakkan beg itu.

“Jika wang terbabit milik penghuni pangsapuri ini, mudah untuk saya kembalikan. Namun, jika tiada sebarang berita daripada pihak pengurusan hari ini saya akan membuat laporan polis dan serahkan wang terbabit,” katanya.

 

credit to hmetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
READ  Info Drama raja.blogspot.com boleh percaya ker???

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: