MH128 kena rampas? 

mh 128,

Pesawat Malaysia Airlines #MH128 Berpatah Balik ke Melbourne Selepas Penumpang Cuba Ceroboh Kokpit
▶INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.
Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.
Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.
Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.
“Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.
Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.
Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.

Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.
▶️Harian Metro
PESAWAT MH128 TIDAK DIRAMPAS
Datuk Ab Aziz Kaprawi

Timbalan Menteri Pengangkutan
Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang  melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.
Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.
Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.
Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.

READ
Wanita acu 'pengunci stereng' gigit polis di mahkamah

Video :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: