Live streaming konsert gegaria 1.9.2018

 

gegaria,

“Raikan malam bersejarah dengan Konsert Gegaria #KitaPunya! Persembahan yang hebat dari Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir! #GegariaFest #GoGegaria #KitaPunya#SayangiMalaysiaku . 

KUALA LUMPUR: Selepas kehangatan beberapa siri yang berlangsung di beberapa lokasi sebelum ini, kini karnival yang semakin mendapat perhatian ramai, Karnival GegaRia kembali.

Acara yang akan berlangsung di Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya bermula esok, 31 Ogos dan 1 September itu diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan negara.

Di samping pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khusus untuk pengunjung, festival yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutama golongan muda itu sekali lagi mengetengahkan barisan artis terkenal bagi menyemarakkan penganjurannya.

Untuk program Gegaria Kita Punya yang berlangsung pada esok, pukul 3 petang, barisan selebriti seperti Sangeeta Krishnasamy, Ujang dan Noh Salleh akan hadir.

Manakala pada keesokan harinya (Sabtu ini) pada waktu sama, Hanif Shawn, Kugiran Masdo, Bunkface, Elfira Loy, Mat Dan, Rhys William, dan Cassidy Anderson akan menemui para peminat.

Acara kemuncak pula akan berlangsung pada pukul 9 malam (Sabtu), Faizal Tahir, Wany Hasrita, Stacy, Kugiran Masdo, Misha Omar dan Bunkface yang akan menggegarkan pentas utama.

Karnival Gegaria ini juga merupakan antara acara padang di bawah kempen #KitaPunya yang telah dilancarkan Media Prima Berhad semenjak 1 Ogos yang lalu.

Sementara itu, karnival ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu #Kitapunya Concert, #KitaPunya Lifestyle, #KitaPunya Throwback Tunnel, #KitaPunya Esports, dan #KitaPunya Chillex.

Zon #KitaPunya Concert merujuk kepada pentas utama Karnival Gegaria yang akan menghiburkan para pengunjung.

Dikendalikan oleh Rangakaian Radio Media Prima Berhad dan Media Prima Digital, pentas ini menyediakan aktiviti seperti Gegaria Fitness Dance pada pagi Sabtu, 1 September 2018.

READ  Tonton online suri hati mr pilot episod 10 astro

Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati dengan melayari laman rasmi Facebook dan Instagram, GOGEGARIA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: