Live streaming jdt vs Shandong luneng acl 24.4.2019

AFC, AFC champions league,

Perlawanan yang ke 4 dalam kumpulan E piala acl hari ini di stadium Larkin Johor bahru. Pasukan setakat ini hanya mengutip satu mata sahaja dalam piala acl kumpulan E setakat ini.

Kedudukan kumpulan E:

  1. KASHIMA 7 MATA
  2. SHANDONG LUNENG 5 MATA
  3. GYEONGNAM 2  MATA
  4. JDT 1 MATA

Seperti yang dinyatakan di facebook johor southern Tigers, Luciano Figueroa mengatakan tidak kan menurukan pemain utama pada malam ini, sebab nak fokus liga super hari ahad ini nanti bertemu dengan pahang. Sebab untuk liga ACL kali ini memang saingan cukup hebat, memang sukar untuk dapat ke slot peringkat seterusnya.

KITA MESTI TERUS BERJUANG!

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengharungi perlawanan penting menentang Shandong Luneng dari Republik Rakyat China dalam saingan Liga Juara-Juara AFC malam ini dan Harimau Selatan inginkan satu lagi aksi yang positif.

Setelah mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan awal, Harimau Selatan berharap dapat mengubah kedudukan dalam Kumpulan E.

Namun ia tidak kelihatan mudah untuk Harimau Selatan yang menghampiri penghujung jadual padat bulan April. Pemain dihimpit isu kecederaan serta keletihan, dan polisi penggiliran pemain dalam kelab adalah sesuatu yang berguna pada saat-saat seperti ini. Penggiliran juga dapat mempersiapkan pemain untuk mengambil alih tugasan apabila diperlukan.

Kempen ‘debut’ JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC adalah mengenai bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia dan memberi pendedahan kepada pemain ke tahap tertinggi dan sesiapa yang dipilih untuk diturunkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, mempunyai peluang untuk berkembang sebagai pemain.

Jadual yang padat mungkin memberi kesan walaupun polisi penggiliran digunakan, namun Harimau Selatan perlu terus berjuang dan menjadikan ianya satu kunjungan yang sukar buat Shandong.

READ
Live streaming Bangladesh vs North korea 24.8.2018

Ayuh pasukan JDT , dan penyokong sekalian alam.

Watch live video from mrepl on www.twitch.tv

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: