Live streaming Big Stage minggu 4 2020

big stage,

Tinggal 10 peserta dalam pertandingan big stage minggu ke 4 hari ini.

Namun ada berita sedih, Sandra Dianrre terlibat kemalangan semalam. Penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan pada petang semalam masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music dikenali sebagai Bella. Menurut Bella, ketika ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

“Keadaan dia masih kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU,” katanya.

Tambahnya, dia juga mengharapkan orang ramai supaya mendoakan Sandra kembali pulih.

Sekadar info, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Menerusi gambar yang diterima, keadaan kereta Sandra agak teruk terutama pada bahagian depan. Malah, cermin hadapan dan belakang juga pecah. Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Big stage minggu ke 4 semakin sengit. Rasanya tak boleh simpan kuku. Korang kena all out kalau nak pergi jauh. Bak kata dayang nur faizah, kena all out. Anggap ini final battle untuk semua peserta. Dah tak boleh nak simpan kuku. Kalau kau simpan, alamat sampai takat tuh jer dah kena kick.

tonton disini full minggu ke 4 

10 Peserta yang masih berentap di Big Stage minggu 4 2020.

  1. Azzam Sham,
  2. Yamani Abdillah,
  3. Sandra Dianne, (terlibat kemalangan).
  4. Usop,
  5. Qody Rany,
  6. Fadh Majid,
  7. Dinie Rashid,
  8. Nana Sheme,
  9. Hafiz Zainal
  10. Farisha Iris.
READ
Live streaming upacara penutup sukan asia indonesia-palembang 2018

7 Lelaki, 3 wanita.

Kedudukan big stage minggu lepas, minggu ke 3 2020.

kedudukan carta peserta big stage minggu 3 2020

Amir yang menyanyikan lagu Bicara Rasa dengan pasangan duet Sarah Suhairi tersingkir selepas menerima sebanyak 53.6 markah.

Juri jemputan, penyanyi Lah Ahmad menerusi komennya berpendapat vokal penyanyi tersebut masih boleh diperbaiki.

“Secara keseluruhan, kita rasa senang. Duet pun sekata. Tapi dari segi vokal boleh improve lagi.

“Lebih-lebih dari segi feel diri awak sendiri semasa persembahan. Letakkan identiti awak dalam lagu tu, ” ujarnya.

Memasuki minggu keempat, penyanyi ‘BBNU’ (Budak Baru Nak Up) yang masih kekal di Big Stage musim ketiga (2020) bakal melaksanakan lagu tugasan baharu.

Membawa tema ‘Baby Bash’, siaran konsert yang dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu bakal menyaksikan pertarungan sengit antara 10 peserta iaitu Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal dan Farisha Iris.

Berikut adalah senarai lagu yang telah ditugaskan  mereka pada konsert hujung minggu ini.

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Baby Bash

 

  1. Azzam Sham (1997) – Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists)
  2. Qody Rany (1994) – Ukiran Jiwa (Dato’ Awie)
  3. Usop (1997) – Bukan Ku Tak Sudi (Iklim)
  4. Farisha Iris (1999) – Kau Kekasihku (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  5. Yamani Abdillah (2001) – Mimpi Laila (Yasin Sulaiman)
  6. Hafiz Zainal (1992) – Laguku Untukmu (Hasnol)
  7. Dinie Rashid (1992) – Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
  8. Nana Sheme (1995) – Don’t Speak (No Doubt)
  9. Fadh Majid (1993) – Mentera Semerah Padi (Dato’ M. Nasir)
  10. Sandra Dianne (1994) – Nuri (Ella)
READ
Tonton online Cinta Fatamorgana episod 3.

Semua lagu dari legend-legend bhai.

Markah. 

Kuasa pemarkahan terletak di tangan tiga orang juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai yang juga disertai Neelofa, Caprice dan Michael Ang selaku ‘Presiden Netizen’. Minggu ini undian berdasarkan # siapa yang paling banyak di akan menjadi presiden Netizen.

Tidak hanya itu, seorang juri jemputan diundang secara mingguan. Minggu ini tidak pasti siapa yang akan dipanggil. Minggu lepas Juri jemputan Lah Ahmad. Power tuh.

Full live disini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: