Tonton online cicakman 3,

cicakman3

Cicakman 3

(Tulisan Jawi: چيچقمن 3) ialah sebuah filem aksi adiwira Malaysia 2015 dan merupakan kesinambungan untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 – Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios dengan kerjasama Astro Shaw Dan Grand Brilliance Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek.

Filem ini mengisahkan Man (Zizan Razak), seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.

Filem ini telah memenangi satu daripada empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Yusry Abdul Halim (Kesan Visual Khas Terbaik).

READ
Eva dan Kumpulan Indigo tersingkir minggu ke 4 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: