Lee kwang so , Tinggalkan Runningman!

lee kwang soo

Siapa tak kenal si tinggi lampai, Kwang so yang banyak menceriakan Runningman ini. Watak yang selalu digemari oleh peminat Runningman sangatlah diminati ramai sebenarnya. Namun ini adalah keputusannya setelah lebih 1 dekat bersama Running Man (RM) kita akur dan terima. Yang pasti kita akan rindukan celoteh beliau. Harap dia cepat recover dari kemalangan. Mana tahu, bila dia dah ok, boleh masuk semula runningman ke. Atau sekali sekala masuk, macam haha,

Selepas 11 tahun terbabit dalam Running Man, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan program realiti popular Korea itu disebabkan faktor kesihatan.

Ia selepas pelakon berusia 35 tahun itu mengalami kemalangan jalan raya tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh agensi yang mewakili Kwang Soo, King Kong by Starship dalam kenyataan hari ini .

“Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri dari Running Man Seoul Broadcasting System (SBS), rakaman terakhir ialah pada 24 Mei ini.

“Sejak terbabit nahas jalan raya tahun lalu, Lee Kwang Soo masih menjalani rawatan pemulihan akibat kecederaan dialami pada kakinya.

“Walaupun fizikalnya masih belum baik, dia tetap meneruskan penggambaran Running Man kerana minat dan tanggungjawabnya untuk kelangsungan program tersebut,” kata agensi itu.

Walaupun dengan segala usaha, bukan mudah buat lelaki yang diberi julukan “Prince of Asia” itu untuk melakukan kedua-dua perkara dalam masa yang sama.

“Mereka mengadakan perbincangan bersama kru produksi, rakan-rakan dan agensi. Pada awal, produksi bercadang untuk mengekalkan Kwang Soo untuk tempoh lebih lama.

“Namun, kami terpaksa menghormati keputusan Kwang Soo kerana dia juga seorang daripada anggota Running Man.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana telah memberi begitu banyak kasih sayang dan perhatian kepada Kwang Soo dalam Running Man,” kata agensi itu lagi.

Kwang Soo antara individu pertama yang menerajui Running Man sejak program itu mula bersiaran pada 2010. Dia mendapat gelaran Asia Prince kerana populariti dan pengaruhnya yang begitu besar di luar Korea Selatan.

Kwang Soo menjadi tarikan utama Running Man selain Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Haha dan Song Ji Hyo.

Dia pernah menerima Anugerah Bintang baru Popular dan Pendatang Baru Terbaik dalam rancangan aneka ragam pada 2010 dan 2011 pada Majlis Anugerah SBS Entertaiment.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top