Gegar lawak (tirai)

gegar lawak,

Gegar lawak untuk pembukaan, pengenalan kepada semua-peserta yang telah terpilih dalam ujibakat sebelum ini. So diaorang semua ini diperkenalkan. .. dihoskan oleh Fad Bocey dan Kamal Adli.

Yakin dengan sambutan orang ramai pada program lawak, Astro kembali lagi dengan program baru yang diberi nama Gegar Lawak.

Bakal menemui penonton bermula 19 Januari ini, program berkenaan menampilkan tiga kategori iaitu solo, duo dan trio.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, program ini sangat berbeza dengan program lawak yang pernah ditampilkan sebelum ini.

“Program ini mempunyai pengisian yang berbeza apabila kali ini penyertaan peserta terbahagi dalam tiga kategori.

“Malah undian 70 peratus adalah daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan rakan komedi turut diperkenalkan dalam program ini,” katanya.

Gegar Lawak menampilkan 14 peserta iaitu lapan peserta solo, empat duo dan dua trio yang terdiri daripada Hezry, Tasya, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Kiut dan Abata.

Sementara itu, mengulas pemilihan peserta, Ketua Komedi Bahagian Perniagaan Melayu Astro Bob Azrai berkata, mereka membuka peluang kepada semua peserta rakyat Malaysia dan negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

Namun tiada penyertaan dari Brunei dan Singapura, manakala hanya satu peserta solo dari Indonesia yang terpilih iaitu Bayu.

“Semestinya kami mahu mengetengahkan lebih ramai lagi bakat pelawak dalam bahasa Melayu. Kami sudah pergi ke tiga negara jiran ini dan memang susah untuk mendapatkan peserta terutama di Brunei dan Singapura.

“Di Brunei, mereka sendiri mendapatkan artis dan hiburan dari negara luar, manakala, Singapura pula kebanyakan mereka terikat dengan kerja, jadi agak susah,” katanya.

Bob berkata, penyertaan peserta wanita juga agak sukar diperoleh tidak seperti yang diharapkan pihaknya.

“Kami sudah cuba untuk mendapatkan lebih ramai peserta wanita tetapi ternyata lebih ramai lelaki yang datang uji bakat,” katanya.

Program berkenaan akan memulakan pertandingan pada 26 Januari, manakala, 19 Januari adalah program pengenalan setiap peserta.

READ
Tonton online ceria megastar ministar minggu 6 2019

Saloran astro warna…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: