Percaya atau tidak file Gundam life action telah pun disiapkan. Apa yang menarik, file ini hanya memakan belanja yang kecil untuk disiapkan. Nak tengok filem tersebut? Tak perlu tiket wayang pun, layan dekat YouTube pun dah cukup.
Link YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=wHni7Z7S8g0&feature=player_embedded
Walaupun filem pendek ini tidak lah secanggih filem-filem seperti Transformers 3 atau Avatar, tetapi kekreatifan Kung Fu Master Huang memang tidak dapat dinafikan. Untuk pengetuan semua, filem pendek ini menggunakan teknik ‘stop motion’ di mana model sebenar digunakan. Kemudian pergerakan model diubah sedikit demi sedikit dan gambar akan diambil untuk setiap pergerakan. Akhirnya barulah gambar-gambar tadi akan dicantum untuk menghasilkan sebuah animasi bergerak.
Filem seperti Chicken Run dan juga Christmas Carol turut menggunakan teknik stop motion. Teknik stop motion memerlukan masa yang banyak berbanding animasi 3D menggunakan computer. Tetapi kualiti dan perasaan yang hadir pada filem-filem stop motion adalah sesuatu yang asli dan berkualiti.
Tentang Penulis: MaxMonic mempunyai sebuah laman berkenaan promotion web hosting di Malaysia. Di laman tersebut juga terdapat pelbagai tutorial bagi sesiapa yang berminat untuk membuat website atau ingin mendapatkan tips-tips blogging.
ish, tak reti aku bab2 buat filem ni.hehehehe.tengok flem and drama aku tahulah.ekekekeke
Lizz ada patung teddy bear kan… bohong la kalau x de 🙂
Tak nak wat stop motion guna patung teddy bear ke. Sempoi ape..
Berapa framelah dia shoot untuk menghasilkan filem pendek ini
Cuba bayangkan filem2 panjang macam Chicken Run pulak.. berapa pekerjalah diorang pakai agaknya.
mantap jika guna CGI sepenuhnya..baru standing transformer kut