Setelah berfikir dengan sedalam-dalamnya serta memohon petunjuk daripadaNya, Fara Fauzana hari ini memakmlumkan bahawa perkahwinan beliau bersama jejaka bernama Hafiz terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun Fara memilih untuk tidak mendedahkan sebab pembatalan majlis tersebut dengan menyatakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Dengan penuh rasa dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsikan”
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” katanya kepada m Star Online.
Sementara itu Fara turut memberitahu bahawa keputusan ini ternyata sukar buat dirinya, malah pada ketika ini beliau sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Maka dengan itu, Fara memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memberikannya masa dan ruang untuk melapangkan fikiran sementara waktu.
Sebelum ini, Fara dala satu sidang media telah mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejak bernama Hafiz yang juga seorang ahli perniagaan pada 17 September ini sekaligus menjawab segala spekulasi yang bertebaran. Fara turut memaklumkan bahawa keluarga Hafiz telah pun merisik beliau pada Febuari lalu dalam satu majlis ringkas.
dari bharian.
KUALA LUMPUR: Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat. Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi. “Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya,” katanya. Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya. Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu. Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online, Fara berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum. Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189717