EJEN MULA BERSUARA
EJEN Akhyar Rashid tampil mendedahkan beliau menjadi antara mangsa pencabulan kontrak oleh pemain meningkat naik berusia 19 tahun itu. Semua pasal duit, mata jadi gelap inilah jadinya. Hurmm masalah tol.
Wan Mohd Anwari Wan Amran yang mewakili Marquee Sports Management (MSM) berkata, walaupun pihaknya telah menjadi ejen berdaftar yang sah untuk Akhyar sejak setahun yang lalu, namun Akhyar seolah-olah menafikan tugasnya dalam urusan perpindahan mahu pun sebagai penasihat untuk karier bola sepaknya.
Jelasnya, Akhyar sebaliknya bertindak menggunakan jalan belakang bersama-sama dengan abangnya, Rafdi Rashid untuk membuat keputusan mengenai perpindahannya ke kelab baharu.
“Sejujurnya, saya sebagai ejen yang sah dan ada kontrak tak tahu apa-apa mengenai Akhyar mahu menyertai pasukan lain. Saya tahu-tahu sahaja bila perkra ini dah sampai ke jawatankuasa status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Bila saya tanya dengan orang yang terdekat dengan keluarga Akhyar, rupa-rupanya mereka dah buat kerja belakang. Yang buat kerja ni Rafdi (abang Akhyar) dan Akhyar sendiri.
“Itu yang buat saya betul-betul kecewa sebab dia (Akhyar) sudah melantik saya sebagai ejen yang sah untuk berunding dengan mana-mana kelab, tetapi kenapa mereka terus pergi jumpa pasukan baharu tanpa melalui saya? Istilah mudahnya ialah dia tidak menghormati kontrak di antara kami atau bahasa yang selalu kami guna ialah pemain sudah ‘backdoor’ saya,” katanya.
Jelas Wan Mohd Anwari lagi, selepas kejadian itu, Akhyar mahu pun ahli keluarganya tiada seorang pun ada menghubunginya untuk memberikan penjelasan.
Malah, keadaan itu menjadi lebih teruk apabila Akhyar seolah-olah tidak mengenalinya ketika kedua-dua mereka menghadiri Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 pada 5 November lalu.
“Mereka langsung tak jumpa saya dan saya cuba hubungi mereka pun langsung tak berjawab. Saya tak pasti ada yang cucuk dari belakang atau apa, tapi inilah hakikat.
“Masa jumpa di ABK 2018 pun, dia (Akhyar) seolah-olah buat tak tahu je dengan saya. Seolah-olah saya ini tak wujud. Kalaulah misal kata mereka ada terasa hati atau berselisih faham dengan saya, datanglah jumpa saya dan beritahu masalah. Bukannya dengan cara backdoor macam ini,” ….