Kecoh di laman sosial apabila sesetengah netizen mendakwa penyanyi baru Ariff Bahran menyindir Tomok dan kumpulan New Boyz di konsert kedua Big Stage.Semuanya gara-gara tayangan klip video (VT) yang dipaparkan sebelum Bahran menyampaikan lagu Sejarah Mungkin Berulang, nyanyian asal New Boyz.
“I cannot brain this” ??? pic.twitter.com/An3wfyWyLN
— andytelasai (@andytelasai) August 12, 2018
Netizen mula mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh Bahran yang didakwa tidak sopan untuk penyanyi senior seperti Tomok.
Such a rude statement. Tomok is celebrating his 20 years in the industry this year. And to this boy, what his name again???, please do your homework and check Newboyz album’s sale ok! 😴😴😴
— azlina hilmin (@LinaHilmin) August 12, 2018
“Tak faham kenapa orang minat Tomok” – Ariff Bahran, 2018. Dik, kau baru start nyanyi dik. Tomok dulu lagi sedap dari kau kot. So rude! #bigstage
— ♕ TourMin (@AiminSimba) August 12, 2018
Kepada ariff bahran, kau tak boleh brain, sebab kau tak famous lagi. Jaga sikit attitude adik oi, kalau kata zaman tomok ada social media, international tak lari dia tu. #Bigstage
— ASBO (@afi_othman) August 12, 2018
salam. dak dak lahir tahun 1998 2000 suka betul eh hina artis artis 90 an ni. biasa sangat ni. tak hormat ke artis terdahulu haa? dahlah suara tak sedap. jangan hina tahu? nak ke “sejarah mungkin berulang…” gua lahir zaman tomok tengah famous tahu? hormat sikit budak darjah 5
— embun karina (@embunkarina_) August 13, 2018
“I tak faham time tu ramai sangat orang minat Tomok, I cannot brain this!” – @Bahraann
Dik, mulut tu jaga sikit. Jangan nak ikut perangai idola (Haqiem Rusli) awak tu sangat..#BigStage
— [a:lél] 🍊 (@AzlilAdzif) August 12, 2018
Tidak melatah, Bahran bertindak untuk menjernihkan keadaan dan menjelaskan situasi sebenar.
Pelantun lagu Kata Akhirmu itu memohon maaf serta memberi penjelasan menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai.
“Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri.
“Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya.
“Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran,” tulis Bahran.
Rata-rata pengikut laman Instagram Bahran memuji tindakan jejaka itu yang memohon maaf serta bersikap positif terhadap teguran yang diberikan.
Dalam perkembangan lain, Bahran bakal berduet dengan penyanyi Ayda Jebat menyampaikan lagu Marry You di konsert ketiga program Big Stage yang bakal berlangsung pada Ahad ini.