Borang rentas negeri pdf

roadblock

 

HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH

Sebagaimana yang telah diutuskan (bapa perutusan) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin bertarikh pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Perlu isi borang rentas negeri/ daerah untuk elakkan kompaun. 

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/…/borang-permit-pergerakan…

2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/…/borang-permit-pergerakan-pkpb…

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Credit to zik.my muat turun kebenaran rentas daerah/negeri pdf file format. 

READ
Lirik lagu faizal tahir bukan yang pertama (anatomi album)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: